Catatan

6 Laman Web dan Apps/ Aplikasi Percuma bagi Peniaga Online

Imej
Assalamualaikum,

Kali ini saya akan berkongsi mengenai 6 laman web dan apps/ aplikasi percuma yang boleh kita gunakan untuk mengiklankan produk kita terutamanya peniaga online/ online bisnes.



Saya tahu ramai di antara kita sudah pun biasa dengan bisnes online dan juga dropship. Jadi, bagi sesiapa yang masih baru dan masih mencari cara-cara untuk marketkan/ iklankan produk anda, saya akan bagi seditkit tips di dalam entri ini.


Senarai penuh 6 Laman Web dan Apps/ Aplikasi percuma untuk peniaga online/ online bisnes:



1. Instagram

Mungkin sudah ramai yang familiar dengan instagram dan sudah pastinya anda tahu ramai peniaga yang telah berjaya menjalankan bisnes online mereka hanya dengan menggunakan instagram.

Kalau anda baru mula berniaga online, anda perlulah ada akaun instagram. Buat satu akaun instagram bisnes. Pastikan lain dari akaun individu anda.

Kenapa? Sebab anda akan menggunakan teknik follow dan unfollow untuk menaikkan kedai baru anda. Ini adalah perkara normal yang akan dilakuk…

Cara Bank In Cek/Cheque di mesin ATM bank

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk pertama kalinya saya akan share dengan anda semua bagaimana cara untuk bank in cek/cheque yang anda dapat di mesin ATM bank. Tidak kira sama ada Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB, atau Hong Leong Bank, caranya hampir sama.

Walaupun telah ramai yang sudah tahu cara bank in cek ini, tetapi saya percaya masih lagi ramai yang baru pertama kalinya memegang cek dan masih bingung dan ragu2 apa perlu dibuat seterusnya. Betul kan? Saya percaya betul sebab saya juga begitu pada awalnya. Hehe...

Jadi, apabila anda semua dapat cek yang mungkin datangnya dari bos anda untuk gaji pertama anda, ataupun cek yang datangnya dari client anda, ini adalah perkara2 yang anda perlu buat:

Cara Pertama:
Semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan amaun (RM) pada cek adalah amaun yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga dieja dengan betul.Setelah anda yakin kesemua di atas adalah betul, anda boleh mula menulis nama anda pada bahagian belakang cek/ Cheque. Pastikan …