6 Laman Web dan Apps/ Aplikasi Percuma bagi Peniaga Online

Assalamualaikum,

Kali ini saya akan berkongsi mengenai 6 laman web dan apps/ aplikasi percuma yang boleh kita gunakan untuk mengiklankan produk kita terutamanya peniaga online/ online bisnes.



Saya tahu ramai di antara kita sudah pun biasa dengan bisnes online dan juga dropship. Jadi, bagi sesiapa yang masih baru dan masih mencari cara-cara untuk marketkan/ iklankan produk anda, saya akan bagi seditkit tips di dalam entri ini.


Senarai penuh 6 Laman Web dan Apps/ Aplikasi percuma untuk peniaga online/ online bisnes:



1. Instagram

Mungkin sudah ramai yang familiar dengan instagram dan sudah pastinya anda tahu ramai peniaga yang telah berjaya menjalankan bisnes online mereka hanya dengan menggunakan instagram.

Kalau anda baru mula berniaga online, anda perlulah ada akaun instagram. Buat satu akaun instagram bisnes. Pastikan lain dari akaun individu anda.

Kenapa? Sebab anda akan menggunakan teknik follow dan unfollow untuk menaikkan kedai baru anda. Ini adalah perkara normal yang akan dilakukan oleh sesebuah akaun bisnes instagram. Jika anda menggunakan akaun individu, cara follow dan unfollow ini pastinya tidak sesuai. Berbisnes menggunakan akaun individu hanya sesuai  untuk individu yang telah pun mempuyai ramai followers.



2. Facebook page

Mungkin anda sering lihat rakan anda berniaga menggunakan FB sendiri kan? Pada pandangan saya jika anda ingin beriklan di FB, sila buat satu FB page untuk barangan anda. Spam gambar anda banyak2 di FB page. Sekali-sekala sahaja anda share page anda menggunakan akaun FB individu. Pasti ramai yang kurang gemar kan bila terlalu kerap rakan anda post iklan di FB? Jadi buat FB page jika ingin berniaga.

Untuk mempopularkan FB page agak sukar. Ada beberapa cara mudah tetapi agak lambat berkesan. Pastikan post anda menggunakan hashtag yang berkaitan. Cuba join ke dalam group2 yang berkaitan. Cara2 percuma seperti ini memang lambat mendatangkan hasil.

Jalan terbaik adalah menggunakan FB ads. Ya.. FB ads yang anda terpaksa keluarkan wang sedikit jugalah yang terbaik.



3. Shopee

Anda pernah shopping online di Lazada dan Zalora? Pasti sudah biasa dengar kan... Shopee menggunakan konsep yang hampir sama. Install apps Shopee di phone anda. Saya sangat berkenan dengan konsep shopee kerana peniaga tidak dikenakan sebarang bayaran jika hendak beriklan di shopee.

Kemudahan yang disediakan di dalam apps shopee sendiri juga sangat berguna. Ada chats yang mana anda boleh bertanyakan dengan peniaga tentang barangan mereka. Selain itu money guaranteed untuk pembeli jika barang tidak sampai. Satu apps yang selamat untuk digunakan namun masih tak lari dari risiko berurusan dengan scammer.

Bagus untuk peniaga. Boleh chats, tak perlu bayar untuk beriklan, ada rating untuk peniaga, dan beberapa tawaran menarik seperti preferred seller yang ditawarkan oleh shopee.



4. Carousell

Jangan lupa untuk cuba nasib juga menggunakan apps Carousell. Kebanyakan produk di dalam Carousell adalah preloved atau second hand. Namun ada juga yang berniaga barangan baru. Seperti Shopee, Carousell juga didatangkan dengan chats terbina namun tidak mengintegrasikan pembayaran di dalam apps mereka. Jadi pembayaran akan dibuat seperti anda order barang melaui whatsapp dengan peniaga.



5. ImSold

Aplikasi yang hampir sama dengan Carousell namun berlainan tema sahaja. Kurang mesra berbanding Carousell tetapi masih boelh digunakan untuk beriklan. Dan ini juga adalah apps/ aplikasi percuma untuk beriklan.



6. Mudah.my

Hampir satu Malaysia sudah tahu dengan mudah.my ini. Cuba juga nasib anda beriklan di mudah. Tetapi anda haruslah berhati-hati dengan 'pembeli' yang bertanyakan tentang produk anda. Di dalam mudah.my terlalu banyak scammers tetapi anda masih boleh menjual barangan anda jika anda bijak menyiasat siapa pembeli anda.

Di atas ini adalah senarai 6 laman web dan aplikasi percuma yang boleh anda gunakan untuk mengiklankan produk anda. Insyallah jika ada kelapangan saya akan berkongsi lebih mengenai laman web dan aplikasi di atas. Selamat maju jaya dalam bisnes anda. :)

Adakah anda gunakan kesemua web dan aplikasi di atas? Kongsikan pengalaman anda.



Ulasan

  1. Mudha-mudahan media sosial bisa bermanfaat untuk bisnis kita. Salam singgah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul bos. Byk manfaat media sosial kalau pandai kita gunakan

      Padam
  2. skrg ni IG laa yg jd pilihan... sbb mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu majoriti memang pakai ig utk marketing sbb dah familiar n ramai user. Tapi ada baiknya gunakan semua platform percuma yang dah ada ni. Contoh macam shopee tu nak bad sebenarnya utk buat sales..

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Bank In Cek/Cheque di mesin ATM bank