Cara Bank In Cek/Cheque di mesin ATM bank

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk pertama kalinya saya akan share dengan anda semua bagaimana cara untuk bank in cek/cheque yang anda dapat di mesin ATM bank. Tidak kira sama ada Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB, atau Hong Leong Bank, caranya hampir sama.

Walaupun telah ramai yang sudah tahu cara bank in cek ini, tetapi saya percaya masih lagi ramai yang baru pertama kalinya memegang cek dan masih bingung dan ragu2 apa perlu dibuat seterusnya. Betul kan? Saya percaya betul sebab saya juga begitu pada awalnya. Hehe...

Jadi, apabila anda semua dapat cek yang mungkin datangnya dari bos anda untuk gaji pertama anda, ataupun cek yang datangnya dari client anda, ini adalah perkara2 yang anda perlu buat:

Cara Pertama:
  1. Semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan amaun (RM) pada cek adalah amaun yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga dieja dengan betul.
  2. Setelah anda yakin kesemua di atas adalah betul, anda boleh mula menulis nama anda pada bahagian belakang cek/ Cheque. Pastikan nama penuh sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Isikan juga no akaun bank anda dan no telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang. Apa itu cek tendang?
  4. Setelah selesai, anda haruslah ke bank untuk deposit cek anda. Bank mana yang anda patut pergi?
  5. Kalau anda dapat cek/cheque CIMB tetapi akaun bank adalah Maybank, anda haruslah pergi ke Maybank. Ke bank mana yang anda ingin masukkan duit tersebut, ke situlah anda patut pergi ya..
  6. Kemudian, ikut arahan pada skrin ATM/ Cheque Deposit Machine tu. Sebenarnya ianya dinamakan Cheque Deposit Machine. Jadi anda perlualh cari Cheque Deposit Machine di bank. Saya menulis ATM pada awal perenggan tadi adalah disebabkan kita lebih familiar dengan perkataan ATM. Kan??
  7. Ikut sahaja step-steps yang diberi pada skrin. Kebiasaannya,  steps pada Cehque Deposit Machine seperti ini:
    1. Pilih 'Deposit Cek' pada skrin
    2. Masukkan no akaun bank yang tertera pada belakang cek
    3. Semak nama yang keluar pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM)
    4. Masukkan Cek tersebut pada slot setelah arahan diberi dan lampu menyala.
    5. Tunggu resit anda. Simpan resit sehingga duit anda betul2 masuk dalam akaun. Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk proses. Kalau simpan resit senang anda nak refer semula kepada bank jika ada masalah.
    6. Selesai.
  8. Selesai dan tunggu sehingga cek anda diproses dan duit masuk ke dalam akaun bank. Mudah kan?

LA01_MaybankATM

Cara kedua (Fast Processing Cheqeu/ Fast Deposit Machine):
  1. Ikut langkah 1-5 seperti di atas.
  2. Masukkan dan bank in cek/cheque ke dalam Fast Cheque Deposit Machine. Fast Deposit Machine ni lebih cepat prosesnya kerana anda tidak perlu memasukkan lagi no akaun pada skrin machine.
  3. Machine ini biasanya tiada skrin. Sebahagian bank memerlukan anda memasukkan cek di dalam sampul sebelum bank in cek ke dalam machine ini dan sebahagiannya tidak perlu.
  4. Pengalaman saya, jika pergi ke Maybank tidak perlu masukkan cek dalam sampul tetapi machine ini tidak akan keluarkan resit setelah bank in. Jadi anda perlulah mengambil gambar cek sebelum bank in sebagai langkah berjaga-jaga.
teller-counter2

Cara Ketiga (Bank in di kaunter)- Housing cheque:
  1. Ikut langkah 1-5 seperti di atas.
  2. Cara ini  sesuai untuk housing cheque. Bermaksud cek yang anda dapat cek Maybank dan akaun bank anda juga Maybank.
  3. Jadi, semak nama cawangan bank yang tertera pada cek tersebut. Jika ianya tulis cawangan Ampang, maka pergilah anda ke Maybank Ampang untuk bank in cek.
  4. Ambil no  di bank dan katakan anda ingin bank in cek di kaunter.
  5. Tujuannya? Cara ini bertujuan untuk mendapatkan duit anda dengan lebih pantas. Bank akan proses pada hari yang sama anda bank in dengan syarat anda bank in sebelum cut off pada hari itu.
  6. Cara pertama dan kedua tadi biasanya mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk diproses tetapi cara ini hanya dalam sehari cek anda akan diproses.
  7. Selesai

CASH CHEQUE

creditable (1)

Apa itu cash cheque? Ini adalah cek yang pada ruangan nama ditulis 'CASH'. Sesiapa sahaja boleh ke kaunter cawangan bank yang tertera pada cek, dan boleh bank in untuk dapatkan duit 'on the spot' jika memegang cek ini. Cek ini jarang dibuat dan hanya dibuat jika duit diperlukan urgent sahaja.

Risikonya ialah jika tercicir cek ini, sesiapa sahaja boleh ke bank dan ambil duit tersebut. Mungkin saya akan jelaskan lebih lanjut mengenai Cash Cheqeu pada entri2 yang akan datang. Insyaallah.
Ok sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk waktu ini. Seandainya ada kelapangan masa, akan saya kongsikan lagi perkara2 yang saya rasa bermanfaat untuk kita tahu.

Anda rasa anda perlu baca ke entri ini? :)

Ulasan

  1. Artikel yang bagus. Detail dan membantu mereka yang memerlukan bantuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah harap2 macam tu lah. Semoga bermanfaat utk kita semua

      Padam
  2. Macamna cara nak masukkan cek?sama ada bahagian depan atau belakang cek dahulu..atau xkisah mana2 bahagian pon?

    BalasPadam
  3. Klu tersalah msk cek cimb akaun penerima maybank tp sy di mesin cimb..

    BalasPadam
  4. Klu tersalah msk cek cimb akaun penerima maybank tp sy di mesin cimb..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada buat silap spt ni .. mcm mana caranya .. kamu dh dpt blk ke duit atau cek kamu.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Laman Web dan Apps/ Aplikasi Percuma bagi Peniaga Online